Wednesday, November 23, 2011

0

KHUSUS UNTUK SESSI PERSEKOLAHAN JANUARI 2012.


BERMULA SESSI PERSEKOLAHAN JANUARI 2012

PIHAK KAMI INGIN MENAWARKAN PERKHIDMATAN CERAMAH MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM DI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU SELAMA SATU (1) JAM SECARA PERCUMA

UNTUK TEMPAHAN SLOT CERAMAH MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR BOLEH MENGHUBUNGI EN.MOHD ADZIM (019-6191578), PUAN NORHAYATI (013-9627339) DAN EN. EMMYNUR (017-7995443).

UNTUK LUAR KAWASAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU MASIH JUGA BOLEH DIPERTIMBANGKAN DENGAN SYARAT-SYARAT YANG DIPERSETUJUI BERSAMA.

Sunday, November 20, 2011

0

Program Kemahiran Belajar (Shah Alam)


Bimbang dengan pengisian masa terluang cuti sekolah anak anda...?!

Bagus ! Ini bermaksud anda adalah penjaga yang sangat mengambil TAHU dan CAKNA mengenai anak anda. Isikan masa terluang anak-anak anda dengan mengikuti program-program yang telah kami sediakan sepanjang cuti sekolah ini !

Program terbaru:

"PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR"


Tarikh : 17-18 Disember 2011
Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam
Yuran : RM95 sahaja ! (termasuk nota serta makan & minum)


Jom! Isikan masa cuti sekolah anda dengan aktiviti berfaedah..

Hubungi : Jefrey (012-3357664) / Zaidi (016-7092269) / Emynur (017-7995443) untuk pendaftaran.

* Terhad untuk 200 penyertaan sahaja!

Tuesday, November 8, 2011

0

Bengkel Belajar untuk pelajar UPSR, PMR, SPM & STPM 2012



Program Terbaru! Bengkel Belajar Sehari Bersama Cikgu Razali "Belajar Sedikit Dapat Banyak" khusus untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM 2012.

Bosan belajar? Ketahui cara belajar dan mengulangkaji pelajaran yang menyeronokkan. Pelajari kaedah paling efektif dan berkesan daripada pengarang buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak, Syoknya Belajar, Mudahnya Mengajar dan Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali - Cikgu Razali Kamarudin.

Yuran berpatutan! Termasuk makan dan minum, nota dan sebuah buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak daripada Cikgu Razali.


Untuk tempahan, pertanyaan dan info lanjut, sila hubungi En. Adzim (klik sini)

Saturday, November 5, 2011

0

Kem Pemantapan Sahsiah


Alhamdulillah..baru-baru ni kami telah dijemput oleh Persatuan Pelajar Dietetik Universiti Sultan Zainal Abidin (DeCSZA) untuk turut sama berkongsi pengalaman dan membimbing DeCSZA bagi menjayakan Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Dietetik UniSZA yang diadakan buat ulungkalinya dan disertai hampir 80 orang pelajar. Penglibatan Haqiem Training & Consultancy bagi program ini adalah percuma (mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak) dan kami merasakan perlunya pihak kami untuk melatih serta membimbing persatuan-persatuan IPT untuk mula berdikari serta dapat melatih mereka dengan pelbagai nilai kemahiran insaniah (softskills) yang sangat berguna untuk mereka menempuhi serta memenuhi keperluan berkerja nanti.

 

Program ini dirangka dan disusun oleh DeCSZA dengan nasihat serta pandangan mengikut kesesuaian daripada Haqiem Training & Consultancy dengan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar UniSZA kepada pembentukan sahsiah dan peribadi terbilang dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Program dua hari satu malam ini merangkumi pelbagai aspek yang difokuskan untuk membangun modal insan cemerlang dalam kelas pertama yang mampu bersaing secara sihat dan kompetitif.


Para peserta diberikan tugas dan dikehendaki melepasi setiap halangan dalam usaha membentuk kekentalan dan kekuatan fizikal dan mental. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ice breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah motivasi, Survival Challenges, Obstacle courses, flying fox, river crossing, abseiling & jungle trekking. Majlis penutupan kem dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UniSZA, Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.


Modul latihan dalam kumpulan (LDK) membentuk kerjasama antara ahli kumpulan sebagai simulasi situasi ketika bekerja.

 Flying fox

 Obstacle courses

 River crossing

 Water confident

 Ceramah motivasi

Muhasabah diri

Adalah diharapkan selepas menjalani kem ini, tiada lagi sebarang perasaan curiga, iri hati, ketidakpuasan hati dan sebagainya yang boleh menganggu serta menggugat nilai persahabatan serta hubungan erat antara rakan seperjuangan, hubungan senior-junior dan freshies dan rakan satu matlamat dan kenegaraan iaitu Malaysia. Semoga hubungan mereka yang terdiri daripada berbilang agama, kaum dan budaya dapat dieratkan lagi dengan nilai toleransi yang kukuh serta hormat-menghormati antara satu sama lain..

Friday, November 4, 2011

0

Program Cuti Sekolah 2011


Sempena cuti sekolah 2011, kami berbesar hati menganjurkan program-program berfaedah untuk para pelajar sekolah. Di antara program yang akan dianjurkan adalah:

  • Kem Motivasi
  • Kem Pelajar Cemerlang Peribadi Gemilang
  • Kem Kemahiran Belajar
Dapatkan tip-tip cara belajar yang efektif melalui modul "Belajar Sedikit Dapat Banyak" dan juga teknik-teknik mengingat dengan lebih berkesan..

Bonus: Panduan pemakanan untuk pelajar cemerlang dan juga tips pemakanan ketika menghadapi peperiksaan..perlukah berpantang? Benarkah kismis membantu meningkatkan daya ingatan? dapatkan jawapan live daripada pakar pemakanan..

Hubungi En. Adzim di talian 019-6191578 untuk tempahan dan keterangan lanjut..
Tempat adalah terhad!





Friday, October 28, 2011

0

Kadar Bayaran Terbaru


Untuk sesi bengkel kemahiran belajar yang diadakan selama 8 jam bertempat di sekolah-sekolah, institusi-institusi dan maktab-maktab.

Bengkel selama satu hari iaitu 8 jam (9.00 pagi - 5.00 petang).
Contoh tentatif program:

      Masa                                   Aktiviti

09.00 - 10.50 am  Membina Mood Belajar dan Minda Belajar
10.50 - 10.55 am  Minum Pagi
11.00 - 01.00 pm  Belajar Secara Efektif
01.00 - 02.00 pm  Makan Tengahari dan Solat Zohor
02.00 - 03.00 pm  Ulangkaji Secara Efektif
04.00 - 05.00 pm  Seronoknya Jawab Periksa
05.00 pm              Bengkel tamat

*Harga pakej yang ditawarkan adalah RM40/seorang/hari > 50 orang satu sesi bengkel dan tanpa buku motivasi. RM60/seorang/hari <40 orang satu sesi bengkel dan tanpa buku motivasi.

* Harga pakej yang ditawarkan adalah RM55/seorang/hari > 50 @ RM65/seorang/hari <40 orang satu sesi bengkel dan mendapat buku motivasi "Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak".

* Ceramah motivasi, ceramah pembentukkan kendiri serta ceramah pembinaan karektor juga sedia diberikan untuk slot-slot ceramah dengan bayaran yang minimum iaitu RM200/jam/hari.
Sila hubungi En. Mohd Adzim Khalili di talian 019-6101578 atau mohdadzim@unisza.edu.my untuk tempahan dan pertanyaan. Harga yang ditawarkan masih lagi boleh dirundingkan..

Saturday, September 18, 2010

0

Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak (Tip Pertama)




Membina mood positif untuk belajar

Para pelajar mesti pernah bertanya kepada diri sendiri kenapakah mood mereka ketika belajar seringkali syahid @ tiada mood. Sedangkan ianya sangat berbeda pada waktu mereka menonton drama, filem dan sebagainya mood mereka amat memberangsangkan sehinggakan dapat memberikan fokus serta tumpuan sepenuhnya aktiviti yang mereka minat.

Kenapa ini berlaku..? Adakah ianya bersifat semulajadi @ sebaliknya..?

http://cloud.graphicleftovers.com/11976/item34983/Happy-graduate-student.jpg
Jawapannya mudah sahaja, mood seseorang individu bergantung kepada niat serta keinginan yang kuat untuk melakukan perkara yang diminati dan bukannya dibenci.

Mood ini perlu dipupuk dan diasuh sejak dari awal lagi bagi memastikan mood yang positif dapat dibentuk seterusnya membantu dalam memastikan wujudnya persekitaran mood yang positif serta konduksif untuk belajar dan juga diajar oleh pengajar.

Jadi sebelum memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran @ ulangkaji, para pelajar seharusnya membangkitkan mood yang positif dengan memaksa mood dan minda untuk menerimanya sebagai salah satu perkara yang amat diminati.

     Sebagai contoh sebelum sessi kelas pengajaran mikrobiologi makanan, para pelajar boleh cuba untuk mencari maklumat mengenai topik yang bakal diperbincangkan serta maklumat yang berkaitan. Pelajar boleh cuba mencari serta mengenalpasti maklumat yang boleh menarik minat serta membantu untuk mengekalkan fokus dalam kuliah yang diberikan. 

   sSekarang anda boleh cuba untuk menanamkan mood yang positif untuk belajar:                                                                     
      
  • Cuba pejamkan mata anda sejenak sambil mengosongkan pemikiran anda. 
  • Positifkan fikiran anda dengan mengatakan belajar itu sesuatu yang sangat menarik dan mudah dilakukan.
  • Ingatkan harapan serta doa yang telah diberikan oleh kedua-dua ibu bapa serta keluarga ke atas kita.
  • Tetapkan matlamat untuk memberi yang terbaik serta cemerlang.
  • Niatkan didalam hati “sesungguhnya aku belajar ilmu allah untuk kebaikkan serta kepentingannya ke atas masyarakat, dan aku sangat meminatinya”.
  • Buka mata sambil menghela nafas dengan sekuat-kuatnya sebagai tanda kita sudah bersedia untuk belajar.
  • Lakukannya pada setiap kali hendak memulakan pembelajaran mahupun kuliah, dan anda akan rasa perbezaannya bagi setiap sessi pembelajaran yang anda ikuti. Insya-allah..


**kaedah ini dicadangkan kepada pelajar-pelajar sekolah yang mendapat pencapaian purata sederhana dan sederhana baik. Namun begitu ianya juga boleh digunakan oleh para pelajar cemerlang sebagai rujukan tambahan serta untuk meningkatkan lagi pencapaian mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...