Program ini dirangka dan disusun oleh DeCSZA dengan nasihat serta pandangan mengikut kesesuaian daripada Haqiem Training & Consultancy dengan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar UniSZA kepada pembentukan sahsiah dan peribadi terbilang dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Program dua hari satu malam ini merangkumi pelbagai aspek yang difokuskan untuk membangun modal insan cemerlang dalam kelas pertama yang mampu bersaing secara sihat dan kompetitif.
Para peserta diberikan tugas dan dikehendaki melepasi setiap halangan dalam usaha membentuk kekentalan dan kekuatan fizikal dan mental. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ice breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah motivasi, Survival Challenges, Obstacle courses, flying fox, river crossing, abseiling & jungle trekking. Majlis penutupan kem dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UniSZA, Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.
Modul latihan dalam kumpulan (LDK) membentuk kerjasama antara ahli kumpulan sebagai simulasi situasi ketika bekerja.
Flying fox
Obstacle courses
River crossing
Water confident
Ceramah motivasi
Muhasabah diri
Adalah diharapkan selepas menjalani kem ini, tiada lagi sebarang perasaan curiga, iri hati, ketidakpuasan hati dan sebagainya yang boleh menganggu serta menggugat nilai persahabatan serta hubungan erat antara rakan seperjuangan, hubungan senior-junior dan freshies dan rakan satu matlamat dan kenegaraan iaitu Malaysia. Semoga hubungan mereka yang terdiri daripada berbilang agama, kaum dan budaya dapat dieratkan lagi dengan nilai toleransi yang kukuh serta hormat-menghormati antara satu sama lain..
0 comments:
Post a Comment