About Haqiem





Pengenalan

Dengan hormatnya kami ingin memperkenalkan kepada tuan/puan Haqiem Training & Consultant satu daripada cabang perniagaan Haqiem Enterprise (TR0085192-W) yang menawarkan perkhidmatan kursus, ceramah dan bengkel motivasi serta runding cara pembelajaran efektif secara berkesan yang pastinya dapat melengkapi proses pembelajaran pelajar-pelajar di sekolah, maktab, kolej, politeknik dan juga Institut Pengajian Tinggi.

Penceramah

Barisan penceramah yang bernaung dibawah Haqiem Training & Concultant adalah merupakan para pensyarah IPT, Guru dan juga pelajar cemerlang (barisan pelapis) yang telah lama bergiat aktif dalam program ceramah, bengkel motivasi dan juga kem kemahiran belajar. Berikut adalah sebahagian latar belakang para penceramah tersebut.

MOHD ADZIM KHALILI B. ROHIN

Merupakan ketua penceramah & fasilitator di Haqiem Training & Consultant. Penceramah bersekutu bagi slot motivasi, kemahiran belajar dan pemikiran kreatif untuk program bersekutu dengan Meranti Prima sdn bhd. Sebelum ini adalah penceramah tetap universiti (FHLS-MSU) bagi program khas Perubatan dan Sains Kesihatan. Seringkali dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mengendalikan bengkel kemahiran belajar di MRSM, SBPI, SBP, Politeknik dan Kolej Matrikulasi KPM. Kini melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam bidang Bioteknologi Makanan (UDM/UniSZA). Sehingga kini beliau telah berjaya menerbitkan 4 jurnal penyelidikan antarabangsa (berimpak tinggi) dan 2 lagi telah diterima bagi tujuan penerbitan dalam Journal of Biomedical Science dan Food Chemistry Journal. Di luar waktu tugas rasmi, beliau turut menerima undangan untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.

MOHD RAZALI KAMARUDIN


Merupakan guru & warden asrama di Sek. Men. Teknik Pertanian Chenor, Maran, Pahang. Selain berkongsi ilmu & pengalaman dengan warga sekolahnya, beliau turut menjadikan penulisan sebagai medium untuk berkongsi ilmu & pengalaman dengan semua. Setakat ini, beliau telah menghasilkan 4 buah buku. Bermula dengan Syoknya Belajar!, Mudahnya Mengajar! diikuti dengan Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali dan kini Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak. Lebih mengembirakan beliau, Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali tersenarai di National Library Board (NLB) Singapura. Beliau turut menjadi kolumnis majalah Dewan Pelajar & CELIK. Di luar waktu tugas rasmi, beliau turut menerima undangan untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.

NORHAYATI ABD HADI


Merupakan pensyarah & Penyelaras bagi program Dietetik di Universiti Sultan Zainal Abidin (UDM). Penceramah bersekutu bagi slot motivasi, kemahiran belajar dan pemikiran kreatif untuk program bersekutu dengan Meranti Prima sdn bhd. Sebelum ini beliau merupakan pensyarah dan penceramah bagi program motivasi serta pengembangan kerjaya dalam bidang sains kesihatan bagi Faculty of Health & Life Sciences, MSU. Seringkali dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mengendalikan bengkel kemahiran belajar di MRSM, SBPI, SBP, Politeknik dan Kolej Matrikulasi KPM. Kepakaran beliau dalam bidang Pemakanan Klinikal & Terapi Diet menjadikan beliau sering kali menjadi tempat rujukan serta rundingan bagi permasalahan berkenaan pemakanan kesihatan dan pemakanan sewaktu peperiksaan. Di luar waktu tugas rasmi, beliau turut menerima undangan untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.

MOHD ZAIDI ABDUL MALIK

Merupakan mentor pelapis yang dididik sendiri oleh penceramah Mohd Adzim Khalili secara personal, seorang yang sangat komited dengan tugasan yang diberikan. Penerima anugerah Dekan sebanyak 6 kali serta Anugerah Presiden daripada Management & Science University (MSU). Kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Farmasi, suka berkongsi ilmu & pengalaman dengan rakan sekelasnya, beliau turut menjadikan penulisan sebagai medium untuk berkongsi ilmu & pengalaman dengan semua. Setiap cuti semester beliau sentiasa mengikuti mentornya bagi mengasahkan bakat dan skil kemahiran komunikasi untuk menjayakan ceramah, bengkel dan kursus untuk pelajar sekolah, IPT dan juga organisasi kerajaan.


EMYNUR SHAFEKH B. SEMEN


Merupakan fasilitator dan pelapis di bawah kendalian En. Mohd Adzim Khalili dan dilatih secara personal oleh mentornya sendiri. Beliau merupakan pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan seorang yang sangat komited dengan tugasan. Menerima Anugerah Dekan sebanyak empat kali daripada UniSZA. Sangat aktif dalam aktiviti berpersatuan di universiti, pernah menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan dan kini sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Dietetik, UniSZA. Gemar berkongsi ilmu bersama rakan-rakan daan menjadikan penulisan blog sebagai wadah penyampaian dan perkongsian ilmu serta pengalaman kepada semua. Seringkali mengikuti mentornya menjayakan kem, ceramah, bengkel dan kursus kepada pelajar sekolah, IPT dan organisasi kerajaan bagi mengasah kemahiran komunikasi serta mendalami ilmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...