Wednesday, November 23, 2011

0

KHUSUS UNTUK SESSI PERSEKOLAHAN JANUARI 2012.


BERMULA SESSI PERSEKOLAHAN JANUARI 2012

PIHAK KAMI INGIN MENAWARKAN PERKHIDMATAN CERAMAH MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN, SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM DI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU SELAMA SATU (1) JAM SECARA PERCUMA

UNTUK TEMPAHAN SLOT CERAMAH MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR BOLEH MENGHUBUNGI EN.MOHD ADZIM (019-6191578), PUAN NORHAYATI (013-9627339) DAN EN. EMMYNUR (017-7995443).

UNTUK LUAR KAWASAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU MASIH JUGA BOLEH DIPERTIMBANGKAN DENGAN SYARAT-SYARAT YANG DIPERSETUJUI BERSAMA.

Sunday, November 20, 2011

0

Program Kemahiran Belajar (Shah Alam)


Bimbang dengan pengisian masa terluang cuti sekolah anak anda...?!

Bagus ! Ini bermaksud anda adalah penjaga yang sangat mengambil TAHU dan CAKNA mengenai anak anda. Isikan masa terluang anak-anak anda dengan mengikuti program-program yang telah kami sediakan sepanjang cuti sekolah ini !

Program terbaru:

"PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR"


Tarikh : 17-18 Disember 2011
Hari : Sabtu - Ahad
Tempat : Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam
Yuran : RM95 sahaja ! (termasuk nota serta makan & minum)


Jom! Isikan masa cuti sekolah anda dengan aktiviti berfaedah..

Hubungi : Jefrey (012-3357664) / Zaidi (016-7092269) / Emynur (017-7995443) untuk pendaftaran.

* Terhad untuk 200 penyertaan sahaja!

Tuesday, November 8, 2011

0

Bengkel Belajar untuk pelajar UPSR, PMR, SPM & STPM 2012



Program Terbaru! Bengkel Belajar Sehari Bersama Cikgu Razali "Belajar Sedikit Dapat Banyak" khusus untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM & STPM 2012.

Bosan belajar? Ketahui cara belajar dan mengulangkaji pelajaran yang menyeronokkan. Pelajari kaedah paling efektif dan berkesan daripada pengarang buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak, Syoknya Belajar, Mudahnya Mengajar dan Cemerlang Belajar Bersama Abang Razali - Cikgu Razali Kamarudin.

Yuran berpatutan! Termasuk makan dan minum, nota dan sebuah buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak daripada Cikgu Razali.


Untuk tempahan, pertanyaan dan info lanjut, sila hubungi En. Adzim (klik sini)

Saturday, November 5, 2011

0

Kem Pemantapan Sahsiah


Alhamdulillah..baru-baru ni kami telah dijemput oleh Persatuan Pelajar Dietetik Universiti Sultan Zainal Abidin (DeCSZA) untuk turut sama berkongsi pengalaman dan membimbing DeCSZA bagi menjayakan Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Dietetik UniSZA yang diadakan buat ulungkalinya dan disertai hampir 80 orang pelajar. Penglibatan Haqiem Training & Consultancy bagi program ini adalah percuma (mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak) dan kami merasakan perlunya pihak kami untuk melatih serta membimbing persatuan-persatuan IPT untuk mula berdikari serta dapat melatih mereka dengan pelbagai nilai kemahiran insaniah (softskills) yang sangat berguna untuk mereka menempuhi serta memenuhi keperluan berkerja nanti.

 

Program ini dirangka dan disusun oleh DeCSZA dengan nasihat serta pandangan mengikut kesesuaian daripada Haqiem Training & Consultancy dengan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar UniSZA kepada pembentukan sahsiah dan peribadi terbilang dan kepimpinan dalam kalangan pelajar. Program dua hari satu malam ini merangkumi pelbagai aspek yang difokuskan untuk membangun modal insan cemerlang dalam kelas pertama yang mampu bersaing secara sihat dan kompetitif.


Para peserta diberikan tugas dan dikehendaki melepasi setiap halangan dalam usaha membentuk kekentalan dan kekuatan fizikal dan mental. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ice breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), ceramah motivasi, Survival Challenges, Obstacle courses, flying fox, river crossing, abseiling & jungle trekking. Majlis penutupan kem dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UniSZA, Y. Bhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.


Modul latihan dalam kumpulan (LDK) membentuk kerjasama antara ahli kumpulan sebagai simulasi situasi ketika bekerja.

 Flying fox

 Obstacle courses

 River crossing

 Water confident

 Ceramah motivasi

Muhasabah diri

Adalah diharapkan selepas menjalani kem ini, tiada lagi sebarang perasaan curiga, iri hati, ketidakpuasan hati dan sebagainya yang boleh menganggu serta menggugat nilai persahabatan serta hubungan erat antara rakan seperjuangan, hubungan senior-junior dan freshies dan rakan satu matlamat dan kenegaraan iaitu Malaysia. Semoga hubungan mereka yang terdiri daripada berbilang agama, kaum dan budaya dapat dieratkan lagi dengan nilai toleransi yang kukuh serta hormat-menghormati antara satu sama lain..

Friday, November 4, 2011

0

Program Cuti Sekolah 2011


Sempena cuti sekolah 2011, kami berbesar hati menganjurkan program-program berfaedah untuk para pelajar sekolah. Di antara program yang akan dianjurkan adalah:

  • Kem Motivasi
  • Kem Pelajar Cemerlang Peribadi Gemilang
  • Kem Kemahiran Belajar
Dapatkan tip-tip cara belajar yang efektif melalui modul "Belajar Sedikit Dapat Banyak" dan juga teknik-teknik mengingat dengan lebih berkesan..

Bonus: Panduan pemakanan untuk pelajar cemerlang dan juga tips pemakanan ketika menghadapi peperiksaan..perlukah berpantang? Benarkah kismis membantu meningkatkan daya ingatan? dapatkan jawapan live daripada pakar pemakanan..

Hubungi En. Adzim di talian 019-6191578 untuk tempahan dan keterangan lanjut..
Tempat adalah terhad!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...